Spiga
Google
 

Cuti la Labi


Arghh...bosannye..kene wat keje banyak lagi..exam special lak tu..nasib ar ,takde nak study2 dah .buat je la labu

aku nak update blog tapi takde mase
ada peperiksaan special..
uhuhuhuhu.. satu haram knowledge aku tak tahu..
jadi.. aku doa agar perjalanan ok
orang2 ok..
oh ya..

aku naik keret pukul 8..
musti sampai la kot dalam kul camtu
terima kasih..

darling..i'm home

Bagi yang ingin paypal anda verified sila baca ini

Adakah anda tahu bahawa paypal adalah pemproses kad kredit(3rd party credit card processor) paling besar di dunia?

Pernahkah anda terlihat ada lambang paypal sebagai cara pembayaran melalui internet?

Kenapa anda perlu mengunakan Paypal?

Bagaimana nak setup akaun?

Bagaimana nak terima pembayaran dengan paypal?

Panduan menggunakan paypal dan mengeluarkan duit ke kad kredit/debit anda. How to withdraw paypal

Di sini saya ingin berkongsi secara ringkas dan mudah agar anda dapat memahami dan mengikut step by step panduan membuka akaun paypal.

Pada bulan September 2007, Paypal telah membuat sesuatu yang memberi kejutan dan berita gembira kepada rakyat Malaysia.

Paypal telah membenarkan rakyat Malaysia dan beberapa negara lain untuk mengeluarkan wang yang tersimpan dalam akaun paypal terus ke debit/credit card anda!!!

Sebelum ini ramai yang terpaksa membuka akaun US, virtual card Bank Hong Kong, mengupah syarikat tempatan untuk memproses withdraw dan bermacam-macam lagi cara untuk withdraw duit dari akaun paypal ke akaun bank di Malaysia!

Tetapi kini anda tidak perlu risau dan anda boleh buat duit dengan senang melalui internet jika anda mengikut step by step mudah yang akan saya rumuskan di bawah.

Untuk sesiapa yang masih tidak tahu, the basic thing about paypal… Paypal adalah 3rd party credit card processor yang menjadi pilihan penduduk dunia tak kira di mana anda berada untuk menerima dan membuat pembayaran menggunakan kredit card atau debit card melalui internet.

Caranya sangat mudah untuk menjalankan urusniaga di internet melalui paypal dan terbukti selamat!

Memang tidak dinafikan bahawa anda akan berasa ragu-ragu pada mulanya. Tapi anda perlu sedar dan tahu bahawa cara inilah yang membolehkan ramai orang di dunia membuat urusan jual beli di internet. Anda boleh search blog-blog usahawan melayu yang lain. Mereka semua menggunakan Paypal dan berjaya melakukan transaksi.

Cara menggunakan paypal:

1. pergi ke http://paypal.com
2. Sign Up sebagai ahli personal akaun (percuma)
3. Ikuti proses pendaftaran(cek inbox email anda untuk validate email)
4. Anda perlu ada kad kredit/debit(penerangan di bawah)
5. Anda perlu verify akaun paypal menggunakan kad anda
6. Masukkan nama anda,card type,card number(nombor di hadapan kad), expired date (jika 10/12 = bulan 10 tahun 2012), card verification number (3 digit terakhir pada nombor belakang kad anda selalunya bawah garisan magnetic)
7. Teruskan proses verification untuk menjadi verified member.
8. Anda akan di caj sejumlah wang.Pastikan dalam kad anda ada sekurang-kurangnya RM20.
9. Kemudian,buka akaun online untuk kad anda(jika belum ada, setup internet banking dengan mudah.Sila rujuk bank anda)
10. Login akaun online kad anda dan lihat pada statement.Anda akan dapat lihat Expanded Use Number (example, PayPal 1234*(EXPUSE)) pada sebelah $1.95 USD yang telah di caj untuk verify kad anda.
11. Pergi ke https://www.paypal.com/row/MEM-NUMBER dan masukkan 4 digit tersebut.
12. Anda telahpun menjadi verified member paypal!

Perhatian,transaksi paypal dijamin selamat kerana sebarang urusan adalah untuk ahli verified sahaja.

Kemudian,untuk melakukan sebarang pembelian:

1. Pastikan anda sudah memasukkan wang ke dalam debit kad anda.Atau Kredit kad anda masih boleh digunakan.
2. Sila ke laman web produk yang anda ingin beli.
3. Selalunya ada button ‘buy’ beserta logo paypal.Klik button tersebut dan anda akan direct ke paypal untuk membuat pembayaran secara selamat.
4. Login akaun anda dan teruskan urusan pembelian.
5. Produk akan sampai setelah seller mengesahkan pembayaran anda.
6. Jika anda menggunakan shopping cart,ikut sahaja proses pembelian.
7. Jika anda diminta untuk transfer wang ke akaun paypal seller, minta button ‘buy’ atau link ke page payment khas untuk pembayaran paypal.

Cara untuk menerima pembayaran(menjadi seller):

1. Upgrade akaun anda ke premium(persendirian) atau business(syarikat) untuk menikmati unlimited feature paypal secara percuma.
2. Ikuti langkah upgrade akaun dengan mudah.
3. Klik “merchant services” dan anda nampak “Buy Now Buttons” di bawah “Key Features.
4. Klik link tersebut dan ikut step.
5. Copy code yang diberi dan paste pada HTML web anda atau berikan pada webmaster anda.
6. Jika anda menggunakan shopping cart,sila ikut arahan pada shopping cart tentang bagaimana untuk integrate shopping cart dengan paypal.
7. Setelah anda mendapat bayaran dari pembeli, sila lihat email confirmation dan akaun paypal anda.
8. Jika benar transaksi telah dibuat, berikan produk kepada pembeli.
Anda digalakkan mendapat nasihat pakar webmaster agar segala proses berjalan lancar.
9. Perlu diingat,untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal anda, anda mesti ada kad debit/kredit “VISA” SAHAJA! Mastercard hanya boleh diguna untuk verify paypal.Maka kita tahu bahawa AMbank NEXG mastercard tidak boleh digunakan untuk keluarkan wang. Gunakan kad VISA SAHAJA!
10. Caj untuk setiap pengeluaran wang dari paypal anda ke kad anda adalah sebanyak 5USD.
11. Jika anda tersilap maklumat akaun masa transfer, Paypal akan denda anda 10USD.
12. Setiap transaksi online untuk rakyat Malaysia, 2-2.9% + 0.30USD akan dikenakan terhadap jumlah bayaran yang diterima dari jualan menggunakan kredit kad.
Transfer duit dari paypal ke paypal adalah percuma.
Itu sahaja caj yang akan dikenakan.
13. Minimum pengeluaran adalah 10USD

Panduan debit/kredit kad:

Sila apply kad VISA sahaja untuk membolehkan anda keluarkan wang dari paypal ke kad anda dan boleh dikeluarkan di mesin ATM Malaysia.

* Mastercard seperti Ambank NEXG hanya untuk verify dan menjadi pembeli sahaja.
* Yuran debit kad NEXG adalah RM3 sebulan.
* NEXG boleh dibeli di mana-mana 7-eleven di Malaysia dengan harga RM25 setiap satu.
* Isikan borang pengaktifan yang terdapat pada starter pack tersebut dan fax ke nombor yang tertera.Akaun akan aktif dalam seminggu.
* Anda perlu ke ATM ambank untuk memasukkan wang dan mengaktifkan kad setelah pengesahan oleh ambank diterima.

Sila rujuk bank untuk maklumat lanjut bagi kad debit bank lain.

Harap panduan ini memudahkan rakan-rakan untuk menggunakan Paypal di Malaysia..=)

terima kasih http://shufi.webd.biz.. akhirnya terjawab juga..
aku yang lama gila nak berkecimpung ngan benda yang berpaypal..
pasni cari kad debit VISA.. ingat tu VISA...

"Semua bloggers adalah pembohong, diorang tipu orang ramai dengan guna macam-macam helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 11,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah perempuan"
Secara Jujur
saya seorang lelaki yang tidak menganggur,dan hanya memberi pendapat dan juga log kehidupan saya..

Malaysia Advertising Network

This is how blogger make their side income? most of bloggers use adsense but.. we use some other... Malaysia advertising network is in this list.. you need to register and put their code in your blog.. Nuffnang - Febuary 2007 Advertets - March 2007 GrabMyAds - November 2007 Gokita - December 2007 Netizen Media - January 2008. When you are the gliteratti members of nuffnang.. other competitors ads will try to monetize your blog using Malaysia advertising network from that point..